~Welcome...welcome~

Friday, July 15, 2011

Tuntutan BERSIH 2.0

Apa itu bersih?

Bersih ialah satu kempen. Ia bukan parti politik. Oleh itu ia tidak memerlukan ROS dan apa2 pendaftaran sekalipun. Anggap sahaja kempen 1malaysia sebagai contoh. Sepertimana najib kempenkan 1malaysia untuk menyatupadukan rakyat [itu alasan najib, tetapi bukan itu yang akal aku tafsir] malaysia pelbagai kaum.

Apa kempen bersih?

Kempen bersih ialah membantu menambahbaikpulihkan sistem SPR. 8 perkara bawah neh di tuntut ;

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI >Terdapat kecelaruan maklumat dalam sistem spr sendiri. Ini ialah salah satu contoh. Jadi kita minta SPR bersihkan senarai undi mereka. Kita tidak tuduh SPR kotor. Contoh ;

Bersih : Saya nampak ada kotoran di belakang baju awak lah!
SPR : Yeke? Mana2, saya tak perasan pun.
Bersih : Ada di belakang awak, mari saya tolong bersihkan.
SPR : Terima kasih ya. Lain kali saya akan lihat sendiri di cermin supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.
Kita nampak ada kecelaruan maklumat, kita bagitau SPR supaya dia betulkan. Simple. Kita bukan marah + tuduh + fitnah + atau nak perang.

2.
MENREFORMASI UNDI POS >>Sistem undi pos yang ada ini tidak relevan. Aku ada saudara yang bekerja sebagai askar. Dia tidak pernah mengundi. Dia masih seorang askar sehingga ke hari neh. Dan dia tahu bahawa undi dia adalah reserved untuk BN. Bukan kah ini negara demokrasi? Jangan gunakan undi pos untuk hal sendiri. Bagi peluang kepada mereka untuk memilih dan memangkah apa yang mereka sukai.

Jangan jumpa / meeting dengan mereka sehari sebelum dan selepas undi pos. Kenapa perlu "nasihat" supaya mereka sedar bahawa mereka bekerja dengan siapa, makan duit siapa, kena kenang budi dan sebagainya. Jangan. Bagi mereka pilih apa yang mereka mahu. Jangan ugut dan jangan paksa. Sebab itu sistem undi pos seharusnya dihapuskan. Biarlah mereka mengundi sesiapa yang mereka suka dan perkara itu haruslah dirahsia bagi menjaga privacy masing2.

3. GUNA DAKWAT KEKAL >> Kita mahukan penggunaan dakwat kekal. Perlu supaya tidak berlaku pemanipulasi. Kita tidak mahu satu individu boleh mengundi di seratus tempat yang sama. Selepas dia mengundi, kita cop dia. Biar kita tahu bahawa dia telah mengundi di satu2 kawasan dan tidak boleh mengundi lagi di mana2 kawasan yang lain.

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI >>kita mohon masa kempen yang panjang supaya kita boleh bersedia untuk berkempen. Itu sahaja.

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL >> Kita mahukan media yang bebas dan telus. Kita bukan mahu media yang bodek satu2 parti. Kita tak perlukan media pro pembangkang dan sebagainya. kita cuma mahukan media adil yang melaporkan kes berdasarkan fakta. Itu sahaja. kita tak minta media menipu dan menfitnah mana2 individu demi kita tetapi kita cuma minta media bersikap telus dan adil. Adakah permintaan ini berat dan sukar bagi SPR?

Peranan media sangat penting untuk menyampaikan maklumat direct kepada rakyat. Apatah lagi media arus perdana dipelopori oleh pro kerajaan atas pelbagai sekatan dan tekanan polisi kerajaan terhadap mereka. Ibarat sistem AUKU. Kita mahukan sekatan neh di hapuskan. Laporkan yang jujur dan benar sahaja. Susah sangat ke?

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM >> Institusi awam harus dibebaskan daripada kekangan dan peraturan yang tidak munasabah. Dalam erti kata lain, tangan ghaib tidak patut timbul dan masuk campur dalam apa2 hal yang melibatkan kepentingan rakyat dan dasar negara untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan agar merasionalkan tindakan yang salah.

7.
HENTIKAN RASUAH >> Seringkali berlaku rasuah dan penyelewengan dalam kempen pilihanraya. Benda itu sangat terang dan terbukti banyak kali. Oleh itu kita minta SPR alert dan faham bahawa rasuah ini sangat bahaya. Ianya ialah penyakit. Rasuah boleh merosakkan dan membinasakan negara.

Sepertimana yang kita alami sekarang, kesan akubat rasuah. Disebabkan rasuah lah kita lihat pelbagai projek mega terabai, bangunan runtuh, projek yang tak lulus qc tapi di approved dan macam2 lagi. Terlalu banyak. Andai wakil rakyat menang dengan cara rasuah sudah tentulah dia akan gunakan cara yang sama untuk kekalkan kuasa dan ketika berkuasa, sudah tentu dia akan merasuah dan memberi rasuah. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR >> Inilah amalan yang kita mahu SPR faham. Amalan neh tidak bersih dan tidak boleh diamalkan. Politik kotor dengan menyerang peribadi, menfitnah, mengaibkan, mencabut banner, melarang pembangkang berceramah dan berkempen politik, menutup kawasan ceramah, menggunakan polis untuk menghentikan ceramah, sengaja tak beri permit ceramah, sempadankan semula kawasan, dan macam2 lagi lah benda yang tidak sepatut timbul.

Di negara yang demokrasi neh kita minta agar spr izinkan kita bertanding secara adil dengan pihak yang lagi satu. Apa salahnya bertanding secara adil dan saksama? Bukanlah kita meminta perkara yang bukan2. Kita cuma minta jauhi amalan politik kotor dan kita bertanding secara adil.

No comments:

Post a Comment