~Welcome...welcome~

Friday, November 5, 2010

Bahagiakah Kita..???

Disini aku ingin menceritakan apa yang pernah berlaku pada seorang pemuda yang sangat mewah. Tiap-tiap hari dia mendapat wang yang begitu banyak dan tidak terkira banyaknya. Tetapi dia tidak mendapat kebahagian langsung di dalam dunia, lebih-lebih lagi diakhirat kelak.

Sinaran matahari matahari pada pagi hari tidak jelas kelihatan kerana hujan turun dengan lebatnya di sebuah kampung lalu membasahi Masjid Nur-Ain. Jelas kelihatan seorang lelaki 40’an sedang khusyuk bertafakur dan berdoa, seolah-olah terlalu besar dosanya terhadap Allah S.W.T. Titisan mutiara jernih yang mengalir membasahi pipinya, tanda keikhlasannya memohon ampun kepada Allah, yang Maha pengampun dan Maha penerima taubat. Sering kali dia mengesat airmatanya yang kian membasahi lengan jubahnya. Mengenang kembali kisah zaman gelapnya yang hampir memusnahkan hidupnya…

“ Asslammualaikum saudara…”. Sapa seorang lelaki yang kelihatan berseri mukanya. Cahaya yang kelihatan dimukanya menyebabkan Ahmad berasa tenang melihatnya.

“ Waalaikumussalam…Maafkan saya sekiranya saya tidak menyedari kehadiran saudara..”. Ahmad mengesat airmatanya sekali lagi lalu berjabat tangan dengan lelaki yang tidak dikenalinya.
“ Allah telah pun menerima taubat saudara…”. Kata lelaki tersebut lagi.

“ Adakah Allah akan memaafkan hambanya yang sering melakukan dosa yang amat besar? Ak kufur dengan nikmat yang Allah berikan kepada aku. Aku tamak!”. Airmata Ahmad kembali berlinangan tetapi kini dia tidak kisah sesiapa pun yang berada di hadapannya. Lelaki tersebut menepu bahu Ahmad.

“ Saudara, ingatlah, Allah maha pengampun dan maha penerima taubat. Peganglah kata-kataku ini..”.

Ahmad terjaga dari tidur apabila bahunya ditepuk oleh seorang lelaki berumur yang amat dikenalinya, Pak Lang, imam masjid tersebut. Ahmad tidak sangka yang dia telah tertidur ketika kusyuk berdoa dan bersujud meminta taubat daripada Allah. Hampir 3 jam dia berada di dalam masjid sehingga masuknya waktu maghrib. Azan maghrib berkumandang dan dia solat berjemaah besama-sama.

Keesokan harinya, dia kembali ke tanah hak miliknya sendiri untuk menguruskan kebunnya yang sudah menjadi rutin hariannya. Berdepan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kian tumbuh dengan segar di kebunnya. Dia dibantu oleh 3 anak muda lepasan SPM yang secara sukarela ingin membantunya iaitu Irfan, Hafiz dan Neill. Mereka anak muda yang suka melepak tidak kira di mana-mana tempat. Sering kali mereka melepaskan tekanan dengan berkaroke di tempat yang tidak jauh dari rumah mereka. Sehinggalah pada suatu hari, Ahmad berjumpa dengan mereka dan meminta pertolongan membantunya di kebun dan hasil kebun boleh diberi dengan sama rata. Pada mulanya mereka enggan menerima tawaran Pak Mad, disebabkan rasa belas kasihan mereka terhadap Pak Mad, mereka menerima tawaran tersebut. Selepas penat membersihkan kebun, mereka berehat disebuah pohon manggis yang berdekatan dengan kebun Ahmad.

“ Kalau lah perniagaan kita maju Pak Mad, kompem kita kaya kan Pak Mad….duit masuk je..bahagia la hidup kita kan kawan-kawan..?? “. Neill bersuara tanpa segan silu.

“ Bahagiakah kita kalau berjuta-juta duit yang kita ada anak-anak? “. Nada melankolik Ahmad jelas menunjukkan dia tidak setuju dengan apa yang Neill katakana.

“ Mestilah kita bahagia Pak Mad. Duit banyak kita boleh beli apa yang kita nak. Betul tak Fiz? “. Irfan menyokong kata Neill.

“ Boleh aku cari amoi cantik banyak duit nanti…haha..”. Mereka ketawa berdekah-dekah termasuk Ahmad. Kadang-kadang gelagat mereka bertiga mencuit hati Ahmad. Walau bagaimanapun, Ahmad tetap tidak bersetuju dengan pandangan mereka bertiga. Lalu bersuara….

“ Pak Mad memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan sangat berada. Apa sahaja yang Pak Mad minta semua dapat. Ilmu agama tidak pun diterapkan dalam hidup Pak Mad semasa Pak Mad kecil. Tetapi Pak Mad tidak rasa bahagia pun dengan kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Pak Mad sehinggalah Pak Mad cuba mencari wang sendiri. Tapi ……”. Kata-kata Pak Mad Terhenti.
“ Tapi apa Pak Mad?”. Tanya Irfan kebingungan.

“ Pak Mad mencari rezeki di jalan yang salah. Pada mulanya Pak Mad berjinak-jinak dengan berniaga dadah secara kecil-kecilan. Tetapi diketahui oleh Ketua pengedar dadah terbesar dan dia mengambil Pak Mad menjadi pengedar dadah dalam kumpulannya. Pada mulanya Pak Mad enggan terima tawaran tersebut, tetapi disebabkan tawarannya yang tinggi, Pak Mad terima tawarannya dengan hati yang terbuka. Pak Mad bodoh kerana tak fikir kesannya..”. Airmata Ahmad berlinangan.

“ Apa yang berlaku lepas tu Pak Mad?”. Tanya Hafiz.

“ Pak Mad tidak sengaja membunuh seorang lelaki yang enggan membayar hutang dadah yang dibeli olehnya atas arahan ketua pengedar dadah tersebut. Pak Mad tak ada niat langsung nak bunuh lelaki itu. Tetapi disebabkan terpaksa untuk hidup, Pak Mad bunuh lelaki itu..”. Cerita Ahmad panjang lebar.

“ Ketua pengedar dadah tu ugut apa kat Pak Mad? Mesti Pak Mad kena tangkap kan lepas tu…”. Riak wajah Neill jelas ingin tahu.

“ Pak Mad kena tangkap pada malam itu juga, semua ahli-ahli sindiket pengedaran dadah juga ditahan. Pada masa itu Pak Mad hanya menangis kerana menyesal dengan perbuatan Pak Mad. Kes Pak Mad dibawa ke mahkamah atas kesalahan membunuh. Mujurlah Pak Mad hanya dikenakan penjara maksimum 20 tahun kerana membunuh tanpa niat. Semasa Pak Mad di dalam penjara, Pak Mad berkongsi Penjara dengan seorang lelaki yang sangat wara’. Bermula dari itu lah Pak Mad kembali ke jalan Allah. Dia jugalah yang membinmbing Pak Mad ke jalan yang benar. Pak Mad sangat berterima kasih kepadanya. Dan akhirnya Pak Mad dibebaskan untuk memulakan hidup baru.” Terang Pak Mad lagi.

“ Oh, saya faham maksud Pak Mad… Walaupun kita banyak duit tapi kita tidak beribadah kepada Allah, kita tidak akan bahagia kan?”. Teka Hafiz.

“ Ya, betul tu Hafiz. Kalau tiap-tiap hari kita beribadah kepada Allah, Allah pasti akan membantu dan kita pasti akan menemui kebahagiaan..”. Sokong Ahmad.

“ Saya berjanji dengan diri saya Pak Mad, saya tidak akan meninggalkan solat lagi..”. Kata Irfan dengan yakinnya.

“ Errkk…tak tahu nak cakap apa…”. Neill hanya terdiam kerana dia bukan beragama Islam. Tetapi dia menghormati agama Islam seperti mana dia menghormati agamanya. Mereka semua ketawa melihat gelagat neill. Setelah selesai berehat, mereka kembali membersihkan kebun sehinggalah……
“…Allahhuakbar….Allah…huakbar….!!..”

Azan zohor berkumandang…….

Sekian…..

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, walaupun banyaknya harta dan wang ringgit yang kita ada, kita tidak pasti akan bahagia tanpa keredhaan dari Allah s.w.t…….

2 comments:

  1. hmmm... nama aku jugak keluar kn? hehehe..
    btw.. dh pandai dh ko blogging... teruskan usaha...

    ReplyDelete
  2. haha...okeyh3...ala...kta kan sahabat...

    ReplyDelete